Produk : Perkhidmatan mudah alih prabayar dan pascabayar TM Unifi Mobile
Berikut adalah deskripsi kerja :
Menjalankan Operasi Jualan dan Pemasaran
- Melaksanakan aktiviti jualan untuk mencapai atau melebihi sasaran jualan.
- Melakukan sales call, temujanji, dan presentation untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.
- Jualan Langsung/Retail: Melaksanakan jualan secara langsung dan retail kepada pelanggan. (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
Pengurusan Pelanggan:
- Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada dan berpotensi.
- Perkhidmatan Selepas Jualan: Memberikan sokongan selepas jualan dan memastikan pelanggan berpuas hati. (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
Penyelidikan Pasaran dan Produk:
- Kajian Pasaran & Produk: Mencari peluang pasaran baru dan trend dalam industri. (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
- Menganalisis keperluan dan kehendak pelanggan untuk menyesuaikan strategi jualan.
Pelaporan dan Dokumentasi:
- Menyediakan laporan jualan, ramalan, dan analisis prestasi.
- Mengemaskini pangkalan data pelanggan dan menyimpan rekod jualan yang teratur.
- Penilaian Prestasi Jualan Diri: Menilai prestasi jualan diri secara berkala untuk mengetahui bidang yang perlu diperbaiki. (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
Kerjasama dengan Pasukan:
- Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk menyelaraskan kempen dan strategi jualan.
- Memberi idea dan strategi baru untuk meningkatkan jualan dan mencapai matlamat syarikat.
Pembangunan Diri:
- Sentiasa memperbaharui pengetahuan tentang produk, industri, dan teknik jualan melalui latihan dan pembangunan profesional.
Penggunaan Teknologi:
- Menggunakan alat dan perisian jualan moden untuk mengurus proses jualan dengan lebih baik.
- Jualan Dalam Talian: Menggunakan media sosial dan platform digital untuk menjangkau lebih ramai pelanggan. (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
Pemasaran Produk: (SKM NOSS Operasi Jualan & Pemasaran FB -18-3:2012)
- Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran produk yang berkesan.