JAWATAN: PEMBANTU GURU PRASEKOLAH
Program: Sokongan Pengajaran PrasekolahJenis Jawatan: Sepenuh Masa Penempatan: Prasekolah di bawah seliaan RSQ Kids academy
DESKRIPSI TUGAS:
- Membantu Guru Prasekolah dalam menyediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian di dalam dan luar bilik darjah.
- Membantu mengurus dan menjaga kanak-kanak dari segi keselamatan, kebersihan dan kebajikan sepanjang waktu persekolahan.
- Menyiapkan bahan bantu mengajar (BBM) dan menyusun atur persekitaran pembelajaran yang kondusif.
- Membantu dalam pengurusan dokumentasi seperti rekod kehadiran, portfolio murid, dan laporan aktiviti.
- Menyokong pengurusan aktiviti kokurikulum, program khas, dan sambutan hari-hari istimewa prasekolah.
- Berkomunikasi secara profesional dengan guru, ibu bapa, dan pentadbir prasekolah bagi memastikan perkembangan murid sentiasa dipantau.
- Membantu guru dalam mengurus bilik darjah sebelum dan selepas sesi pembelajaran.
KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN:
- Berumur 17 Tahun keatas
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman atau kelulusan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak / asuhan
- Sifat penyayang, penyabar dan bertanggungjawab terhadap kanak-kanak
- Mampu bekerja secara berpasukan dan mengikut arahan guru kelas
- Keutamaan diberi kepada calon yang berminat untuk menyambung latihan atau pembangunan kerjaya dalam bidang prasekolah
- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi prasekolah yang terlibat dalam program
MANFAAT:
- Latihan asas akan disediakan
- Peluang membina kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
- Pensijilan sokongan (jika disediakan oleh organisasi induk atau rakan TVET)