Memastikan strategi pemasaran digital syarikat berjalan dengan lancar, relevan dengan pasaran semasa, dan mampu mencapai sasaran jualan serta visibiliti jenama di semua platform digital.
Strategi & Perancangan:
Merancang dan melaksanakan pelan pemasaran digital tahunan, bulanan dan mingguan.
Membina kempen digital berdasarkan objektif syarikat (branding, jualan, penambahan leads).
Menyusun bajet pemasaran digital dengan ROI yang optimum.
Media Sosial & Kandungan:
Menyelia akaun media sosial syarikat (Facebook, IG, TikTok, YouTube, LinkedIn).
Menyediakan kalendar kandungan bulanan.
Menentukan mesej, nada, dan gaya komunikasi setiap platform.
Iklan Berbayar (Paid Ads):
Mengurus dan memantau iklan Facebook Ads, Google Ads, TikTok Ads dan platform lain.
Melapor prestasi iklan dan buat penyesuaian berdasarkan data.
Analitik & Pelaporan:
Menyediakan laporan prestasi pemasaran mingguan & bulanan (reach, engagement, leads, sales).
Membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan data & analitik.
Kolaborasi & Pasukan:
Bekerjasama dengan pasukan grafik, video, penulisan & sales.
Mengurus freelancer/pembekal luar (jika ada) untuk pemasaran.
Website & SEO:
Pantau dan optimasi laman web dari segi kandungan, SEO dan pengalaman pengguna.
Bekerjasama dengan pihak IT/web developer untuk penambahbaikan.
Sebagai Pengurus Pemasaran Digital, tuan/puan akan memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan bisnes melalui strategi digital yang efektif. Ini termasuk mengurus iklan berbayar, menyelia kandungan media sosial, memantau prestasi kempen dan memastikan semua aktiviti digital selari dengan objektif jualan dan penjenamaan syarikat.
Jawatan ini sesuai untuk individu yang mempunyai mindset strategik, mahir dengan alatan pemasaran digital, dan mampu bekerja dengan pasukan kreatif serta data-driven.
Berikut ialah senarai pekerjaan lain yang serupa yang mungkin anda rasa menarik.