Skop Kerja
Melapor kepada Pengurus Jaminan Kualiti (QA) mengenai perkara-perkara berkaitan dengan sistem kualiti dan kawalannya.
Memangku jawatan Pengurus QA/ QC sekiranya jawatan tersebut kosong.
Eksekutif QA bertanggungjawab untuk menentukan status bagi pengeluaran produk siap bagi menjamin kualiti produk.
Memastikan semua kemudahan dan peralatan berada dalam keadaan yang teratur mengikut sistem yang telah disediakan.
Mengaplikasikan sistem aktiviti pengilangan, kawalan mutu, penstoran dan aktiviti pengedaran mengikut system dokumentasi yang teratur dan patuh kepada Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan Amalan Pengedaran Baik (GDP) yang telah disediakan.
Bertanggungjawab untuk menyelaraskan proses latihan (latihan dalaman) dan memastikan latihan dilakukan mengikut Pelan Latihan seperti pemahaman dalam tanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan dan pemahaman kepada Prosedur Piawai Operasi (SOP) semasa berada di kawasan APB. Sebarang perubahan kepada Pelan Latihan akan dikemaskini.
Menjalankan kerja-kerja bahagian Jaminan Kualiti dengan baik dan sepenuhnya mengikut prosedur.
Bertanggungjawab dalam memantau kebersihan seluruh kawasan pengeluaran dan peralatan serta mesin pemprosesan.
Bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan sesuatu kawasan dan peralatan sebelum aktiviti pengeluaran dijalankan (pelepasan kawasan).
Eksekutif QA bertanggungjawab untuk memantau aktiviti penentukuran peralatan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Eksekutif QA bertanggungjawab untuk memeriksa kerja-kerja rekonsilasi bahan permulaan hingga produk siap.
Eksekutif QA bertanggungjawab membuat keputusan untuk pengesahan dan pelepasan produk siap selepas produk itu disemak dan disahkan oleh Eksekutif QC/ Kakitangan kualiti.
Membuat semakan rekod setiap aktiviti pengawalan kualiti pada borang-borang yang telah disediakan mengikut piawaian Amalan Perkilangan Baik (GMP).
Eksekutif QA bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan terhadap bahan-bahan yang rosak dan melaporkan kepada Pengurus Jaminan Kualiti (QA).
Bertanggungjawab mengendalikan dan memantau aktiviti aduan produk dan urusan pemanggilan balik produk.
Menjalankan aktiviti audit dalaman yang telah dirancang oleh Pengurus Jaminan Kualiti (QA).
Berikut ialah senarai pekerjaan lain yang serupa yang mungkin anda rasa menarik.