Sebagai Audio Engineer / Music Composer dalam 3D Game Asset Production, anda akan bertanggungjawab untuk mencipta dan mengintegrasikan sound effects (SFX), ambient sounds, voiceovers, dan background music ke dalam permainan untuk meningkatkan pengalaman pemain. Anda akan bekerja rapat dengan game designers, animators, dan programmers untuk memastikan audio menyokong elemen visual dan interaktif dalam permainan. Tugas utama anda termasuk merakam, menyunting, dan memproses bunyi menggunakan digital audio workstations (DAWs) seperti Ableton Live, FL Studio, Logic Pro, atau Pro Tools. Selain itu, anda akan menggunakan middleware seperti FMOD atau Wwise untuk memastikan integrasi audio dalam game engines seperti Unity atau Unreal Engine berfungsi dengan lancar.